Wednesday, 24 April 2013

Aku. Perlu. Ikhlas.

Kerana apa kita belajar?
Kerana mahu kejayaan dunia?
Kerana mahu dipandang mulia? 
Atau kerana mahu kepuasan jiwa?

Rugilah kita jika mahu mengejar kemahsyuran semata.
Sudah dijanji terbaik untuk manusia,
Pabila akhirat dikejar dapat juga yang dunia,
Pabila dunia dikejar gagal kedua-dua.

Kenapa masih memilih dunia sedang sudah dijanji keistimewaan di sana?
Pesan aku kepada aku.
Dengan jiwa yang sudi dan sedia untuk berubah.
Jangan rugikan masa.
Membuat perkara yang banyak tapi sia-sia.
Lebih baik berserderhana,
Membuat yang sedikit tapi tidak dimurka.
Mencari yang ada berkat padanya.

Hidup ini tidak susah.
Jika betul niatnya rezeki turun tak sudah sudah.
Segala ujian datang pasti Tuhan bagi mudah.
Jika salah segala hanya mengundang susah.

Aku. Perlu. Ikhlas.
Allah pasti balas.
Dengan cinta dan kasihnya.
Yang buat aku tenang selamanya.

Friday, 12 April 2013

Don't stress. Have a good time


Don't let your work stressed you much. Have a good weekend and enjoy yourself for a moment.