Raikan hidup
Tuhan campak kesedihan, datang bertimpa membuat basah si
mata.
Memberi penyesalan pada manusia, menghitam pandangan memberi
buta.
Merobek jiwa. Perasaan gundah gulana. Hati berkecamuk. Remuk
rasa nak mengamuk.
Dunia rasa hening. Sepertinya tiada apa-apa.
Lagipun jiwa ini tidak mahu dikeliling.
Memerhati tubuh-tubuh yang lain. Memberi gerak badan
kegembiraan, melompat riang berpeluk sesama sendiri. Bertahniah masing-masing.
Jiwa ini rasa asing. Bukan tahap itu untuk setanding.
Tidak capai dan tidak akan gapai.
Keliling jadi mangsa. Melepas geram pada yang tak berdosa.
Melepas geram pada mereka mereka yang meghulur. Dengan hati
luhur.
Yang menghantar tangan memberi harapan untuk berpaut.
Namun ditepis ibarat sang dosa yang tak bersedia menempah
maut.
Semua jisim hendak dipersalah.
Ibarat masuk ke medan bertempur, belum bersalut lumpur sudah
mengaku kalah.
Baru dicampak dengan percikan, sudah melalak kononnya terperosok
dalam unggun api kemerahan.
Kadang kala yang kecil ini datang. Seluruh hidup rasa
terbuang.
Sedangkan seluruh hidup itu, berjuta lagi peluang terhidang.
Hendak dibanding dengan yang satu yang dirasa hilang.
Tuhan buang satu untuk diganti dengan seribu.
Kenapa tak mahu raikan hidup?