Sunday, 24 March 2013

True soldier



"Like a soldier, I'm going to stand up and pray to my Lord, 
Like a soldier, I'm going to fast 30 days for my Lord,
Like a soldier, calculate zakaat and pay for my Lord,
Like a soldier, hajj and umrah gets made for my Lord,
Like a soldier, I don't need to bust my gun to be a soldier, 
So they could say what they want, I'm a soldier 
and I don't need to drop no bombs to be soldier."



Thursday, 21 March 2013

Emak

Dan tatkala kau perlu memilih.
Untuk melepaskan seseorang yang kau cintai.
Kekasih sejak kecil.
Penawar segala duka.
Yang nyaman air muka.
Wajah pengubat duka.

Atau membiar dia terus tersiksa.
Menanggung beban derita.
Hidup bertarung nyawa.
Sakit tak terkira.

Mana satu keputusan kau ambil?
Bernyawa dan terbiar menderita?
Atau pergi tenang menghadap-Nya?




Tuesday, 19 March 2013

Hanya untuk seketika

Kadang - kadang bila mendapat berita bahawa ada rakan - rakan ibu bapa kita, rakan kepada rakan kita mahupun rakan kita sendiri yang telah kembali menghadap Ilahi, hati terasa sayu kerana ia menyedarkan kita bahawa betapa pendeknya perjalanan kehidupan kita di muka bumi ini sebenarnya. Di hari kematian itulah segala amalan kita didunia telah terputus dan akan dibawa bicara di Hari Perhitungan kelak di Padang Mahsyar. Tua mahupun muda, mati itu pasti dekat. 



Monday, 11 March 2013

Stress reliever


"Orang - orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram" 

(13 : 28)


Saturday, 9 March 2013

Thank you Allah


Everyday I woke up in the morning, 
Thank Him that I'm still living, 
Don't stop from asking Him to forgive your sins, 

Pray 5 times a day that's a must, 
Or else your deep inside will rust, 
Tawakkal after an effort and believe in Him and trust,

We are all His slaves, 
Looking at the His creations I'm amazed, 
Thank you Allah and only thinking of You I can put my mind to rest.



Thursday, 7 March 2013

10 AMALAN TERBALIK

Antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi ialah:

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil.

Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.

Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam.




Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Tuesday, 5 March 2013

Rezeki


Dalam setiap rezeki kita ada hak org lain
Jadi kongsilah  sedikit kepada yang memerlukan

In Sya Allah, janji Allah itu benar,
Kita akan dilimpahi dengan rezeki lain.



Al Kisah....

Kringggg.. Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar untuk rehat.

Awak tak rehat ke Alif? Ujar saya kepada pelajar ni. Tak cikgu. Jawab alif ringkas.

Kenapa Alif tak rehat? Jawab Alif "Mak saya beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dapat beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang2 dapat beli nugget je. Jadi saya kumpul duit hari ini unutk makan hari esok. Jadi saya dapat la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Saya kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu " Alif tertunduk malu.

Perasaan saya mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yang membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yang kecil sedangkan bagi pelajar ini 50 sen sangat besar ertinya.

Saya tanya lagi, kalau hari Jumaat awak tak pergi kantin la ye?

Owh hari jumaat duit 50 sen ni sy sedekah masa bacaan yasiin cikgu. Jawab alif dgn bersahaja. Mak sy kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah..

Mata saya dah berkaca. Saya terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bagi keluarga pelajarku ini. Luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.

Huh macam terpukul sungguh saya, bayangkan duit 50 sen yang diberi untuk makan, dia infakkan 50 sen untuk tabung sekolah setiap Jumaat semasa bacaan yasiin.

Mungkin kisah ini nampak simple tapi bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan saya dengan pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan berinfak.

Bagaimana pula dengan kita? Mampukah kita istiqomah bersedekah setiap hari Jumaat?

Ayuh kita berazam untuk lebihkan sedekah pada hari Jumaat yg mulia ini. Semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran kepada anda semua.

"Pencetus Inspirasi Usahawan"

Bilik Seminar
Al Syifa Business Centre
Taman Universiti, Skudai.