Surah Al-Fatihah
Maksudnya:
1. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4. Yang menguasai di Hari Pembalasan
5. Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta
pertolongan.
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7. (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan)
mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
Surah Al-Fatihah mungkin sudah menjadi sinonim dan kebiasaan bagi seseorang yang beragama Islam. Adalah wajib bagi seorang Muslim untuk membaca surah ini sekurang - kurangnya 17 kali sehari didalam solat 5 waktu tetapi adakah kita memahami serta memahami isi kandungan surah ini. Sekurang - kurang sebanyak 17 kali lah juga kita memohon, meminta serta berdoa kepada Allah agar dikurniakan petunjuk dan dijauhkan dari segala kesesatan. Saya bukanlah seorang ulama' mahupun seorang yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang ilmu agama namun sekiranya kita tidak mampu untuk memahami dan menghayati isi kandungan surah - surah lain yang terdapat didalam Al-Quran tetapi mampu untuk mendalami maksud intipati Surah Al-Fatihah juga mungkin sudah memadai dan menjadikan kita sebagai hamba Allah yang sentiasa merendah diri dan ingat kepada Allah Maha Pencipta dan Maha Pemberi Petunjuk kepada kita. InsyaAllah

No comments:
Post a Comment