Wednesday, 19 June 2013

Raikan Hidup

Raikan hidup



Tuhan campak kesedihan, datang bertimpa membuat basah si mata.
Memberi penyesalan pada manusia, menghitam pandangan memberi buta.
Merobek jiwa. Perasaan gundah gulana. Hati berkecamuk. Remuk rasa nak mengamuk.

Dunia rasa hening. Sepertinya tiada apa-apa.
Lagipun jiwa ini tidak mahu dikeliling.
Memerhati tubuh-tubuh yang lain. Memberi gerak badan kegembiraan, melompat riang berpeluk sesama sendiri. Bertahniah masing-masing.
Jiwa ini rasa asing. Bukan tahap itu untuk setanding.
Tidak capai dan tidak akan gapai.

Keliling jadi mangsa. Melepas geram pada yang tak berdosa.
Melepas geram pada mereka mereka yang meghulur. Dengan hati luhur.
Yang menghantar tangan memberi harapan untuk berpaut.
Namun ditepis ibarat sang dosa yang tak bersedia menempah maut.

Semua jisim hendak dipersalah.
Ibarat masuk ke medan bertempur, belum bersalut lumpur sudah mengaku kalah.
Baru dicampak dengan percikan, sudah melalak kononnya terperosok dalam unggun api kemerahan.

Kadang kala yang kecil ini datang. Seluruh hidup rasa terbuang.
Sedangkan seluruh hidup itu, berjuta lagi peluang terhidang.
Hendak dibanding dengan yang satu yang dirasa hilang.
Tuhan buang satu untuk diganti dengan seribu.

Kenapa tak mahu raikan hidup?


No comments:

Post a Comment